BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 1, 2011

Kelamaan meninggalkan blog

hrmmm..diam x diam aku dah hampir setahun menamatkn pelajaran...berkerja dan berkerja...

sehingga tempat kerja kali ini pun aku cume tinggal 27 hari je untuk memanaskn kerusi ini...hrmmmm..x snagka..tempat yang di anggap untuk mencari rezeki telah menjadi tempat untuk aku bertemukn jodah...aku ingat berkerja di tempat tanpa ade lelaki lambat la aku nk kahwin..rupe2 nye...tempat yang tidak disangka2 tu lah yang akan membuat perubahan hidup yang besar untuk diri ku...dari Ms. menjadi Mrs...hahaha...memang betul kate orang...jodoh akan datang dalam keadaan yang tidak disangka2...kalau nak cerita pun...rase macam buat novel...hehehe....mesti laku kalau di jual...buat masa sekarang nie aku hanya update sikit je sal status aku yg akan datng..sekarng aku sudah menjadi tunang orang...bila sudah menjadi isteri orang..aku akan cerita kan lagidari A- Z kisah aku dengan suami aku....tunggu ya...hahaha

Monday, March 22, 2010

21 tahun

burung bernyanyi melagukan indah...langit meneragi kebiruan...matahri bergantiikan bulan...siang mengantikan malam....hedak di ungkapakan 21 tahun itu satu masa yang sekajap...memang terasa sekejapnya di waktu sekarang...hendak di katakan lama..owh...sememangnya lama kerana banyak dugaan hidup dan pengalaman hidup yang mengajar menemani hidup saya...jika ingin di cerita kan terlalu banyak kisahnya...terkenang-kenagn zaman ddi sekolah tadika..teringat-ingat kemanisan di sekolah rendah...terindu-rindu kegilaan di sekolah menengah..dan kini aku bakal meninggalkan sejarah pendidikan yang aku tempuhi di unisel bersama teman ku di sini..semunya telah menjadi sebuah memmory yang takkan aku lupakan...dalam diam..tidak saya sangka umur saya sudah hampir menjejaki 21 tahun...di usia ini lah yang akan menjadi setiap pemulaan yang bakal datang ke dalam hidup ku... di usia ini jugalah aku akan menemukan alam baru dalam hidupku...semunya memerlukan persediaan dari sekarang...emmmm...bagaimana lah agak nya keadaan di alam pekerjaan..terfikir pula keadaan berumahtangga..takutnya hendak menempuhi itu semua...

Friday, January 15, 2010

Final Project Menatukan Kita Kembali..

Setiap orang yang memasuki alam kolej,universiti,ketika kerja pasti akan merasakan berlakunya persengketaan antara rakan-rakan seperjuangan kita..dan setiap sengketa tersebut terletak kepada individu untuk bermaafan dan menyelesaikanya secara baik atau membiarkannya sahaja persengketaan tersebut tanpa kata putus..
Bagi kawan-kawan ku yang amat ku sayangi..tahulah kamu bahwa aku sangta menyayangi mu..
tidak kira la hubungan kita rapat atau pun tidak..sesungguhnya aku sedar bahwa kamu semua adalah saudaraku..Kawan-kawan di setiap persengketaan yang berlaku kepada kita ketika kita di dalam perjuangan menuju kejayaan adalah sesuatau yang telah membantu kita agar menjadi lebih dewasa dan lebih mematangkan pemikiran kita..dan setiap sengketa itu mempunyai satu hikmah..kini semuanya telah menjadi kenangan untuk kita mengingati..
kawan-kawan..mungkin perjuangan kita untuk menuju kejayaan yang lebih tinggi belum habis lagi..tetapi perjuangan yang kita pejuangkan bersama telah pun berakhir..semuanya sedang menuju destinasi untuk memilih jalan hidup sendri..sesugguhnya aku merasakan bersyukur kerana berpeluang untuk mengenali kamu semua dan menjadi kawan kamu semua..
begitu juga dengan kepuasan yang sama-sama kita dapat ketika bersatunya kita kembali dengan menubuhkan kumpulan LA'Z Minute Production untuk kerja akhir kita bersama..
walaupun terlalu banyak dugaan yang telah berlaku kita tetap meneruskan dengan penuh kesabaran..TAHNIAH buat kita semua..bagi kawan-kawan ku yang telah menamatkan perjuagan di unisel..aku mendoakan agar kamu semua menemui kejayaan yang lebih baik lagi walau di mana pun korang berada..dan jagan lah lupa kawan mu ini yang masih meneruskan perjuangannya di unisel ini..doakan lah kejayaan ku juga..yang tiada didalam gambar nur syafiqah dan syazwani ismail..

Sunday, December 13, 2009

IF TOMORROW NEVER COMES

if tomorrow never comes
have i done what should have today
or did i just let time slip away

if tomorrow never comes
have i said sorry to the people have done wrong hurting
and plead to god for forgiveness for all my sinning

if tomorrow never comes
did i say thanks to the people know,
or i just didn't bother to show

if tomorrow never comes
will i know what is next to come,
and will i get to paradise with a warm welcome

if tomorrow never comes
i won't let the day pass away,
and cherish what i have today

if tomorrow never comes
i'm sure to strive my best,
and make that day the best from the rest

We will never know if we have tomorrow
so i plead to God with full of sorrow:
DEAR LORD SHOW ME THE WAY,
FOR YOUR WAY IS THE ONLY WAY,
AND MAKE MY EVERYDAY MY BEST DAY,AMIN!

Saturday, December 5, 2009

Lumrah Hidup

Hidup tidak selalunya indah,kerana pasti ada pahit dan buruknya,langit tidak selalunya cerah,kerana pasti ada mendungnya,suram malam tidak berbintang,kerana bintang pasti akan dilindungai dengan kepulan awan..begitulah lukisan alam dan begitu jugalah yang berlaku di dalam kehidupan kita. Kadang-kadang terlalu banyak sangat kepahitan yang berlaku dari manisnya. Mungkin itu adalah satu ketentuan dan dugaan yang diberi olehNya. Di dalam kebahgiaan pun pasti ada kesedihan. Di luar kita tersenyum dan tergelak mesra..tetapi di dalam hati terlalu banyak kesedihan yang di sembunyikan..begitulah yang terbuku di dalam hati saya..adakah patut untuk saya membekukan sahaja atau mengeluarakan segalanya..ada ke orang yang ingin mendengar dan cuba untuk memahami segalanya..ada ke orang yang ingin bersama-sama bersusah senang bersama diriku..ada ke orang yang ingin mengembirakan hatiku sewaktu kesedihan..ada ke orang yang ingin menemanku ketika kesedihan dan mendengar setiap rintihan..dan adakah setiap insan memerlukan seseorang untuk menemaninya...adakah ianya satu ketentuan atau sekadar lumrah di dalam kehidupan? jika satu ketentuan mengapa selalu di sakiti? jika lumrah dalam kehidupan memang terasa pahitnya...pahit yang takut untuk di telan..pahitnya pasti memakan setiap isi di hati...

Wednesday, December 2, 2009

Dambaan Cinta-didi cazly-

(untuk DIA =>)
ungkapan kata selindung
hasrat nan di hati
andainya ditafsir
terselah makna tersembunyi
renungan mata
bukan pandangan biasa
bertahun andai terjalin
hingga waktu ini
gurauan mesra menghiasi
masa kita bersama
semakin berputik
perasaan ini...
kini baru ku sedari
selam ini kau ku sayangi
andai bukan itu hakikatnya
mengapa rindu yang ku rasa
mungkin tiada ku fahami
tidak dapat ku nafikan lagi
beban rahsia kian membakar diri
kalimah cinta selongkar
renungan di cipta
mungkinkh di biar terdampar
kasih tak kesampaian
naluri bisik...
bukannya dambaan cinta
kini baru ku sedari
selama ini kau ku sayangi
andai bukan itu hakikatnya
mengapa rindu yang ku rasa
mungkin tiada ku fahami
tidak dapat ku nafikan lagi
beban rahsia kian membakar diri
ikhlas ku nyatakan
kau yang ku sayangi
kau yang ku cintai
walau tak mampu ku miliki
ingin ku luahkan
mungkin satu hari
kan terbuka pintu hati
dapat jua kau terima
diriku akhirnya...

Tuesday, December 1, 2009

Kesedihan demi kesedihan

Adakah benar kata-kata pensyarahku bahwa dunia ini kejam? atau saya masih tidak lagi mengenal apa itu betul dan salah. Berikanlah saya petujuk jalan yang benar. Saya inginkan kebahgia,saya ingin berlaku baik,saya ingin kejujuran tapi segalanya di balas dengan kesakitan. Mungkin segalanya telah tertulis untuk diri saya. Mungkinkah ini satu pengajaran untuk saya menjadi lebih matang dan tahu segala kesalahan saya, atau ini satu pembalasan untuk saya? seglanya saya tidak tahu. Kawan-kawanku semua bantuilah saya. Berdirilah kamu semua di belakang saya sebagai tongkat untuk menylamatkan saya dari terjatuh,tersungkur,tersembam di tanah. Sekiranya itu berlaku pasti saya tidak larat lagi untuk bangun. Jika saya bangun pun ianya penuh dengan luka yang tercarit dan terkoyak..Ya ALLAH sakit sungguh keadaan sebegitu. Datanglah wahai sahabat-sahabatku kesat kan lah air mataku ini. Jagan biarkan saya mensia-siakan air mataku ini untuk sesuatu yang telah menyakitkan saya. Kamu semualah pengubat luka dalam hati saya ini. DATANGLAH SAHABATKU!!!!





Get your own Digital Clock

Saturday, October 24, 2009

POTRET KASIH 2009





POTRET KASIH 2009


Inilah kenangan manis yang telah berlangsung pada 1 ogos 2009 iaitu HARI KELUARGA ANWAR HUSSEIN & ZAHRAH LAMBAK famliy mama saya..lebih kurang 58 orang yang menhadiri hari keluarga ini..tidak termasuk 7 orang lagi yang tidak dapat hadir sama-sama meraikan hari keluarga ini...mereka ialah Pak Long saya kerana sibuk bertugas di melaka dan 2 orang anak nya Mohd Fariz dan Siti Naqiah..auntie aida istri kepada Pak Itam saya dan anak-anaknya Nor Allysa,Nor Adriana dan Nor Armell..keluarga mama saya sememangnya keluarga yang besar kerana mama saya mempunyai 11 oarang adik beradik..5 perempuan dan 6 orang lelaki..mama saya adalah anak ke-3..semuayan sudah menririkan rumah tangga kecuali Pok Teh sy yg masih belum berumah tangga..seramai 29 oarang cucu yang ada di dalam gmbar tersebut dan 8 pasangan 3 orang yang tidak mempunyai pasangan iaitu Pok Teh,Mak Long dan Pak Itam..termasuk didalam gambar tersebut..Nenek dam Mokde keluarga sebelah ayah saya yang turut hadir bersama meraikan hari keluarga terbesar ini... pelabai aktiviti telah di jalankan pada hari tersebut...telah di mulakan dengan:




  • bacaan yasin (hanya keluarga)


  • motivasi diri dan keluarga


  • makan tengahari


  • aktiviti sukan



-pembahgian kumpulan

-permainan boling padang (kanak-kanak)


-rebut kerusi mengikut lagu (kanak-kanak)

-berlari dalam guni(kanak & dewasa)

-baling belon berisi air



-pertandingan menari antara kumpulan


-treasure hunt












aktiviti malam



-majlis pemotongan kek sempena anniversary Tok Mak dan Tok Bak

-makan malam bersama fmily BBQ
-pertandigan menari antara pasangan yang berkahwin

-kotak beracun

-karaoke

-cabutan nombor bertuah

-penyampaian hadiah pemenang aktiviti sukan
keluarga adalah segala-galanya..kerjasama dan keakraban antara keluarag saya telah menjadikan sesuatu yang amat bermakn sehingga tiada nilai yang dapat dibeli atau ditimbang..dengan kerjasama antara keluarga telah terciptanya kenangan yang paling indah buat kami sekeluaraga....INILAH POTRET KASIH SAYA...

Wednesday, October 14, 2009

siapa atheena idris ye?

-atheena idris-

assalamaualaikum...
name sy atheena bt mohd idris.Asal dari muar johor menetap di melaka.Sekarng sedang menuntut ilmu di universiti industri selagor (UNISEL).."DUNIA BARU".Alhamdulillah sudah hampir 3 tahun di sini.Insyallah tahun depan bulan 4 tamat la penajian saya di universiti industri selangor.Saya pe lajar dalam bidang Diploma In.Multimedia Industri.Sernok jd pelajar multimedia ni..tp..susah jugak ms mule-mule blajar..tp 2 biase je kot..mule-mule susah..tp lame-lame..emmm...boley la.. nk belajar la katekan..impian yang ingin saya kecapi..maybe x same dengan ape yg sy belajar sekarang ni...sy ingin menjadi seorang guru..insyallah semuanya akan menjadi reality..saya bukanlah seorang anak yang manja..tapi kadang-kadang perangai saya ada sedikit kemanjaan..saya suka menjalani aktiviti sukarelawan..sebab banyak pelajaran hidup yang dapapt saya pelajari..agak terkilan juga rasa hati sebab saya dan kengkawan yang lain tidak dapat pergi kerumah orang tu pada bulan ini untuk mejalankan kerja amal...sebab terlalu sebuk dengan kerja hingga kehari minggu..sekarang ni baru di levelkan sebagai pelajar..belum lagi sebagai pekerja nanti entah bagaimana pula keadaanya nanti..







sekarang inilah famly saya...saya tidak mempunyai ramai adik-bradik..cuma ade 4 orang sahaja termasuk diri saya...abang saya dalah hero dalam famly saya...umurnya 23 tahun..namanya mohd azizul..saya adalah anak kedua..umur saya baru 20 tahun...ketiga ialah adik perempuan saya..namanye aida dan umurnya 19 tahun...yang bonsu zurizulaika..umurnya baru 12 tahun...mama dan papa saya masih bekerja...tapi usia merka sudah semakin lanjut...papa saya sudah berumu 51 tahun dan mama pula cuma kurang setahun sahaja usinya dengan papa ku..saya bukan dilahirkan dari keluarga yang kaya..tetapi saya di lahirkan dengan penuh kesederhanaan...papa saya bekerja sebagai pembantu makmal dan mama pula bekerja sebagai jururawat..mereka bekerja di bawah bumbung yang sama iaitu di salah sebuah hospital swasta di melaka...

mama&papa




aida,zurizulaika,mohd azizul(duduk)dan atheena








ini abang saya umurnya baru 23 tahun.emmm..dia tidak bekerja tapi tidak bermaksud dia tidak pernah kerja langsung.dulu abang saya berkerja di shah alam tetapi di sebabkan masalah tertentu abang saya terpaksalah berhenti kerja.say pun tak tahu sangat pasal masalahnya malas pulak nak ambek tahu.tapi haritu dia ada pergi interview kerja di melaka harap-harap adalah rezki untuk abang saya berkerja.abang saya,die seorang yang pendiam dan berseni.dia minta muzik dan sekarang dia boleh dikatekan sebagai artis jugakla sebab band dia mula terkenal sikit demi sedikit.saya harap semua bidang kerjaya abang saya akan berjaya dan tidak sia-sia.owh lupa.name band abang saya KHOTTAL.siapa yang minat indiband tahu la kot..








ini aida atau dikenali sebagai yaya.adik saya kalau pergi bersiar-siar dengan saya pasti ramai yang memandang. bukan sebab pandang ape.cuma pandang pada kecantikan yang dia ada.yaya memang seorang yang cantik dan comel. ramai jugk la kawan lelaki saya nak jadi adik ipar selepas memandang yaya.tapi saya tahu cita rasa yaya bagaimana. sebabnya kami mempunyai banyak persamaan dari segi di dalam dan diluar.berkaitan percitaan pun kami pasti akan mengalami situasi yang sama. jika aku bercinta,yaya pasti bercintajuga,jika aku putus cinta,yaya pasti mengalami keadaan yang sama.oleh di sebabkan itu kami pasti akan bersedih dan menangis bersama-sama.yaya ialah adik saya yang paling pandai bergay dan melawa tak macam saya.saya biasa-biasa sahaja.lagi pun yaya sememangnya belajar dalam bidang kecantikan di kolej komuniti di melaka.sebab itu dia tahu bagaimana hendak mencantikan diri.inilah adik yang paling memahami saya.


ha...inilah bucuk bacin mama dan papa saya.adik bongsu saya.tengoklah bertapa comelnye dia sebab dimanjakan.ish3..dalam ramai-ramai dia lah yang paling besar..kalau bab makan dia lah yang nombor 1..tapi tak pe usianya pun masih muda lagi. adik saya ni badan dia memang besar tapi dia masih mempunyai perwatakan seperti budak-budak biasa ialah umurnya pun baru 12 tahun, ape pun tak tahu lagi.yang dia tahu makan tengok tv, mainlah entah apa lagi yang dia buat pun saya tak tahu. adik saya ni susah sikit nak bergaul dengan orang macam budak-budak lain kalau duduk di rumah pun dia tak keluar rumah sama macam akak-akak dan abang dia.kami memang tak suka keluar rumah melainkan keluar bersiar-siar luar dari taman perumahan kami.kami tidak tahu kenape kami jadi begitu.mungkin itu adalah salah satu didikan kedua ibu bapa kami.