BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 5, 2009

Lumrah Hidup

Hidup tidak selalunya indah,kerana pasti ada pahit dan buruknya,langit tidak selalunya cerah,kerana pasti ada mendungnya,suram malam tidak berbintang,kerana bintang pasti akan dilindungai dengan kepulan awan..begitulah lukisan alam dan begitu jugalah yang berlaku di dalam kehidupan kita. Kadang-kadang terlalu banyak sangat kepahitan yang berlaku dari manisnya. Mungkin itu adalah satu ketentuan dan dugaan yang diberi olehNya. Di dalam kebahgiaan pun pasti ada kesedihan. Di luar kita tersenyum dan tergelak mesra..tetapi di dalam hati terlalu banyak kesedihan yang di sembunyikan..begitulah yang terbuku di dalam hati saya..adakah patut untuk saya membekukan sahaja atau mengeluarakan segalanya..ada ke orang yang ingin mendengar dan cuba untuk memahami segalanya..ada ke orang yang ingin bersama-sama bersusah senang bersama diriku..ada ke orang yang ingin mengembirakan hatiku sewaktu kesedihan..ada ke orang yang ingin menemanku ketika kesedihan dan mendengar setiap rintihan..dan adakah setiap insan memerlukan seseorang untuk menemaninya...adakah ianya satu ketentuan atau sekadar lumrah di dalam kehidupan? jika satu ketentuan mengapa selalu di sakiti? jika lumrah dalam kehidupan memang terasa pahitnya...pahit yang takut untuk di telan..pahitnya pasti memakan setiap isi di hati...

0 comments: